Subscribe to etiqatakaful

Powered by us.groups.yahoo.com

Home

Selamat Datang

 

Welcome

 

Dr Nik Agency

Perunding  ETIQA Takaful

 

Rebutia DPerkasa
asp hit counter

Powered by:

Anda Adalah Pelawat yang Ke

Designed by:

Supported by:


ShoutMix chat widget

 

Dr Nik Rahim bin Nik Wajis

Pengurus Agensi

Dr Nik Agency

Etiqa Takaful  Berhad

Tingkat 20, Menara Etiqa, Jalan Melaka,

Kuala Lumpur

Tel: 03 6185 2891

Mobile: 013 641 0135

Dengan eTiQa TakafulJUTAWANAnda Boleh Jadi

Berkenalan Dengan Pengasas Dr Nik Agency

Dr Nik Rahim bin Nik Wajis dilahirkan pada 16hb Oktober 1963 di Batu 35 Batu Balai Jerantut Pahang. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Damak Jerantut Pahang pada tahun 1970. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Ugama Dong, Raub Pahang. (1977 -  1982.) Setelah tamat pengajian di peringkat menengah, Dr Nik Rahim  telah melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi di Sekolah Tinggi Ugama Sultan Abu Bakar Pekan Pahang. Setelah memperolehi Sijil Tinggi Ugama pada tahun 1984, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir di dalam bidang  Syariah. Sebaik menamatkan pelajaran beliau di Universiti Al-Azhar Mesir beliau terus diterima berkhidmat di Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1990 sebagai Penolong Pensyarah. Pada tahun 1991, pihak UIAM telah menghantar beliau ke Glasgow Caledonian University, Scotland, UK untuk mengikuti Ijazah Kedoktoran. Beliau kembali ke UIAM setelah menamatkan pengajian dengan jayanya pada tahun 1996 ketika usia mencecah 33 tahun. Beliau meneruskan perkhidmatan sebagai Penolong Profesor di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarbangsa Malaysia  sehingga tahun 1999. Pada penghujung tahun 1999 beliau mendapat tawaran untuk berkhidmat di Jabatan Syariah, Universiti Brunei Darussalam dan telah berkhidmat di sana sehingga tahun 2005.

Setelah berkhidmat selama 6 tahun di Negara Brunei Darussalam, beliau mengambil keputusan untuk memulakan langkah ke dalam bidang perniagaan dan memilih bidang Perunding Kewangan Islam sebagai produk untuk dipasarkan. Dr Nik Rahim Nik Wajis adalah merupakan pengasas dan Pengarah  Urusan, Syihab Excellence Agency Sdn Bhd (SYIHAB) yang ditubuhkan pada 14 Oktober 2005 dan memilih Miri Sarawak sebagai Ibu Pejabatnya. Kini SYIHAB telah juga mempunyai cawangan pertamanya di Kuala Lumpur dan merancang untuk membuka cawangan di setiap Negeri di seluruh Malaysia Insya’Allah pada masa yang akan datang. Selain memegang  jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif  SYIHAB , Dr Nik Rahim Nik Wajis juga merupakan se orang Peguam Syari’e di Negara Brunei Darussalam sehingga ke hari ini.

Bermula dari 1hb Februari 2008, Dr Nik Rahim telah ditawarkan berkhidmat dengan sebuah syarikat milik penuh Kelab Taqwa Malaysia (KTM) iaitu Business Time Dina Holding Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Pan Pheonix Dina Holding Bhd sebagai Pengarah Jabatan Polisi.

Dua bulan selepas itu beliau telah diberikan  tanggungjawab sebagai Presiden Dina Asia Barat Sehingga Mac 2009.

Kerana Sebab-sebab tertentu, Dr Nik Rahim telah meninggalkan syarikat lama beliau untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan beliau bersama eTiQa Takaful sehingga kini.